Penyediaan fasiliti perdagangan karbon

- Advertisement -

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) mengambil perhatian serius terhadap peranan yang harus dimainkan oleh Malaysia di bawah Perjanjian Paris (Paris Agreement) tahun 2015. Di bawah perjanjian ini, negara-negara yang memeterainya beriltizam untuk melaksanakan langkah-langkah penting bagi menghadapi cabaran perubahan iklim global.

Salah satu daripada langkah yang penting ialah pengawalan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) termasuk pengurangan pelepasan karbon. Susulan daripada perjanjian tersebut satu kerangka kerja harus disediakan berkaitan dengan pasaran karbon global, sebagaimana Artikel 6 di dalam perjanjian itu. Perkara ini dijangka akan diselesaikan dalam COP26 November ini di Glasgow.

- Advertisement -

Sebagai sebuah negara yang komited dengan agenda pelestarian alam sekitar global, KASA bertindak pro aktif untuk mempersiapkan keperluan-keperluan penting Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon dan bersedia terlibat dalam pasaran perdagangan karbon global. Ia juga bertujuan supaya Malaysia mencapai sasaran karbon neutral dalam tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, KASA telah menyasarkan dalam tempoh 100 hari pemerintahan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, satu skim perdagangan karbon domestik (DETS) dapat disiapkan. DETS ini akan menjadi fasiliti yang penting untuk mengawal perdagangan karbon domestik, seterusnya menggalakkan pelbagai pihak terlibat aktif memulihara alam sekitar.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air – HARAKAHDAILY 22/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/2074916226053079/posts/3032363660308326/

- Advertisement -