Celcom sumbang komputer riba pelajar asnaf UMK

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai lapan pelajar golongan asnaf dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima komputer riba disumbang syarikat Celcom Axiata Berhad.

Sumbangan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Razli Che Razak berkata, sumbangan terbabit diberikan kepada golongan yang memerlukan.

“InsyaAllah, dengan insiatif ini diharap dapat meringankan beban pelajar UMK dalam kalangan B40 dan golongan asnaf yang menghadapi kesukaran terutamanya mengikuti proses pembelajaran secara atas talian.

“Kerjasama ini menunjukkan keprihatinan UMK dan Celcom Axiata Berhad bagi memperkukuhkan kerjasama erat antara kedua-dua pihak bersama masyarakat,” katanya pada kenyataan hari ini.

Majlis penyerahan komputer riba itu disempurnakan Pengurus Besar Perhubungan Kerajaan-Celcom Axiata Berhad, Fadzly Kamaruzaman serta Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Areehan Abdullah.

Majlis penyerahan itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

Program berkenaan hasil inisiatif Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMK.

Dr Razli turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Celcom Axiata Berhad di atas sumbangan tersebut. – HARAKAHDAILY 22/9/2021

- Advertisement -