Program vaksinasi remaja ‘walk-in’ di 156 PPV Awam

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi dikenal pasti bagi pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) Remaja secara walk-in, di seluruh negara, bermula Khamis ini.

Menurut Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), kuota untuk vaksinasi remaja adalah 20 peratus dan tidak mengganggu program vaksinasi dewasa yang sedang berjalan ketika ini.

- Advertisement -

Remaja berumur 16 hingga 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan utama disaran walk-in ke PPV bermula Khamis ini.

Manakala, remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang tinggal di asrama diminta walk-in ke PPV bermula Isnin.

Selain itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sekolah harian perlu membuat janji temu mengikut sekolah atau MySejahtera bermula Khamis.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang tidak bersekolah pula diminta walk-in bermula Isnin.

Di Perlis, terdapat dua PPV Awam yang diluluskan CITF untuk PICK Remaja, iaitu di Dewan 2020, Kangar dan Dewan Seri Melati.

Manakala, di Kedah terdapat 15 PPV Awam yang dikenal pasti untuk tujuan itu, empat di Pulau Pinang, dan enam di Perak.

Selain itu, tujuh PPV dikenal pasti di Selangor dan dua di Kuala Lumpur, lima di Negeri Sembilan, tujuh di Melaka, sembilan di Johor, 22 di Pahang, 47 di Sabah, 13 di Sarawak dan dua di Labuan. – HARAKAHDAILY 21/9/2021

- Advertisement -