Pendapatan Kedah capai 64 peratus anggaran bajet

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Pendapatan kerajaan negeri tahun ini sehingga sekarang sudah mencapai 64 peratus daripada anggaran Bajet Kedah 2021.

Manakala 79 peratus dicapai untuk bajet tahun lalu.

- Advertisement -

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun negara menghadapi pandemik Covid-19, namun kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah pendapatan melalui kutipan dan cukai tertunggak.

“Kedudukan kewangan negeri sentiasa kukuh dan diperkukuh lagi. Pada tahun ini simpanan negeri mencapai rekod terbaik iaitu sebanyak RM630 juta,” katanya ketika menjawab Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi (Amanah-Alor Mengkudu) pada persidangan Dun Kedah hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat, selain pelaksanaan program dapat dikurang berikutan wabak Covid-19.

Selain itu kata beliau sumbangan dan bantuan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKPD) dan PKP diagih melalui skim-skim tertentu.

“Malah sumbangan berkenaan disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah terbabit, bukan sahaja melibatkan bakul makanan tetapi juga berbentuk wang tunai.

“Kerajaan negeri juga melancarkan pinjaman mudah untuk peniaga kecil yang terjejas untuk memulakan kembali perniagaan dengan maksimum sebanyak RM5,000,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/9/2021

- Advertisement -