Kerajaan Pahang prihatin kepada Guru KAFA dan Takmir

- Advertisement -

PAYA BESAR: Guru-guru KAFA dan Takmir bukan lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 yang khusus buat mereka di Dataran Pejabat ADUN Lepar, di sini kelmarin.

Sumbangan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri ini telah memberi manfaat kepada 84 penerima dalam kalangan guru-guru tersebut di mana berkhidmat atau tinggal di sekitar Paya Besar dan Kuantan Barat.

- Advertisement -

Ianya satu keprihatinan kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail terhadap golongan tersebut yang turut terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ADUN Lepar, Dato’ Abd Rahim Muda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri serta ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya telah bersama menyampaikan BPP.

Berikutan penularan jangkitan yang masih berlaku ketika ini dan sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ditetapkan, serahan sumbangan ini telah dilaksanakan secara pandu lalu sahaja.

“Program sumbangan kerajaan negeri ini adalah inisiatif YAB Menteri Besar yang prihatin terhadap Guru-guru KAFA dan Takmir di sekitar Paya Besar ini.

“Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat saya mengucapkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan terutama kepada golongan pendidik anak bangsa dan masyarakat kepada agama ini,” ujar Ustaz Tarmizi. – HARAKAHDAILY 21/9/2021

- Advertisement -