SARAH Aaronsohn
Bersama abang dan adik lelakinya Aaron dan Alexander, tiga beradik antara pengasas utama gerakan NILI, pasukan intelijen Yahudi yang berperanan penting menjatuhkan Uthmaniah.
Sayap intel wanita
Kemudian merekrut wanita-wanita Yahudi yang lain. Sarah menghantar mereka bertugas di hotel, kelab malam dan pesta hiburan sekitar al-Quds, Damsyik dan Beirut. Sarah sendiri bertugas merapati Panglima tentera Uthmaniah, Jamal Pasya.
Skandal peribadi memusnahkan Kerajaan Islam
Hasil pengaruh perisikan sayap wanita, mereka berjaya mempengaruhi pemimpin umat Islam ketika itu untuk memberi pelbagai keistimewaan kepada gerakan intel Yahudi tersebut.
Sarah diberi ‘Tasreh’, atau surat izin untuk melakukan perjalanan di seluruh perairan di bawah kuasa pemerintahan Uthmaniah. Dengan pergerakan bebas tanpa sekatan itu membolehkan mereka terus menyampaikan maklumat, bertemu dan melangsungkan agenda perisikan mereka tanpa susah payah. Kebodohan pemimpin umat ketika itu ternyata membawa padah dan merisikokan nasib umat Islam.
Penangkapan ejen NILI
Awalnya Sarah berhubung dengan pihak British di Mesir menggunakan isyarat lampu dari rumah api di Palestin. Selepas beberapa kali berbalas mesej, suatu ketika komunikasi dengan British terputus. Sarah mula menulis surat dengan kod rahsia dan dikirim menggunakan burung merpati.
Ditakdirkan burung tersebut mendarat hinggap di rumah salah seorang pegawai Turki yang menetap di Caeserea. Mesej rahsia dalam surat tersebut berjaya dirungkai, dan terbongkar rangkaian perisikan berbahaya yang aktif beroperasi di tengah-tengah perkampungan Zichron Yaakov (Memorial of Yaakub).
Sebulan kematian Sarah, Deklarasi Balfour diumumkan
Sarah ditangkap dan diseksa, namun sudah agak terlambat untuk disedari. Tidak sampai sebulan selepas Sarah bunuh diri untuk mengelakkan maklumat jatuh ke tangan Uthmaniah, British mengirimkan Deklarasi Balfour kepada wakil Yahudi, menyatakan dukungan tidak berbelah bahagi terhadap Zionisme.
Setahun kemudian, British berjaya menceroboh Palestin dengan tentera mereka dipimpin Jeneral Allenby, yang pernah menerima maklumat dari Aaron dan Sarah berkaitan selok belok laluan rahsia sepanjang Mesir-Palestin bagi mengelak pasukan tentera pertahanan Uthmaniah yang berkubu di hadapan kota Gaza.
Dua faktor utama kejatuhan kuasa Islam
Sepanjang sejarah, dua perkara utama akan sentiasa menjadi faktor tumbangnya gerakan kebangkitan Islam.
Pertama, infiltrasi musuh.
Kedua, palitkan skandal sama ada skandal duit (rasuah atau komisen projek) ataupun skandal seks. Kedua-duanya akan merosakkan kredibiliti dan imej perjuangan Islam tanpa gagal.
Maha Benar firman Allah:
وَلَن يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
“Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang beriman.”
(an-Nisaa, 141)
Ketika hilang iman di dada, mudahlah orang kafir memusnahkan umat Islam.
SOFIA ALWANI ALI – HARAKAHDAILY 20/9/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000386455844/posts/4532640180092152/