Keluarga Malaysia diseru prihatin terhadap anak yatim

- Advertisement -

RASA sedih, sayu sekali, taktkala melihat gambar anak—anak kecil yang kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19, menghiasi dada-dada akhbar dan media massa. 

Anak-anak ini, di kala usia yang amat muda, terpaksa meneruskan hidup yang masih kabur. Mereka masih terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku.

- Advertisement -

Di saat mereka tertawa dan gembira apabila menerima bantuan, jauh di sudut hati, pasti terasa kekurangan dan kehilangan. Jika bukan sekarang, mungkin sewaktu mereka mula membesar dan mengenal dunia.

Peningkatan statistik kanak-kanak yang menjadi yatim piatu ini, turut menjadi salah satu topik utama yang dibahaskan di Parlimen. Kerajaan, yang juga dibantu bersama agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, akan merangka langkah-langkah yang perlu seberapa segera bagi menjaga kebajikan mereka.

Namun tanggungjawab ini bukan sahaja dilaksanakan oleh kerajaan, malah ia turut dipikul oleh jiran tetangga dan masyarakat setempat. Kebiasaannya, merekalah yang paling awal menghulur tangan membantu menjaga anak-anak yatim piatu ini.

Inilah semangat Keluarga Malaysia yang kita dambakan selaras dengan kehendak Allah S.W.T:

‎وَیَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡیَتَـٰمَىٰۖ قُلۡ إِصۡلَاحࣱ لَّهُمۡ خَیۡرࣱۖ 

“..dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya,”

(al-Baqarah: 220)

Semoga Allah limpahkan rahmat dan ganjaran yang setimpal, buat para masyarakat dan jiran tetangga yang ikhlas membantu kebajikan anak-anak ini. Dan semoga Allah tempatkan kesemua mereka yang terkorban akibat pandemik, di sebaik-baik tempat di sisi-Nya. 

YB DATO’ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 20/9/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/446352142470360/posts/1262461310859435/

- Advertisement -