Sebahagian besar pengunjung pusat rekreasi patuhi SOP

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

BACHOK:
Polis Kelantan akan mempastikan pengunjung pusat peranginan dan rekreasi tumpuan awam di seluruh negeri itu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Shafien Mamat berkata, setiap daerah dikehendaki menubuh 6 hingga 7 pasukan berdasarkan jumlah bilangan anngota yang ada di kawasan masing-masing.

“Pada Jumaat lepas saya mengarahkan setiap ketua polis daerah menubuhkan segera pasukan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pantai Irama di sini, lewat petang semalam.

- Advertisement -

Hadir sama Ketua Polis Daerah Bachok DSP Muhammad Ismail Jamaluddin. Mereka menemui pengunjung yang bersantai di pantai berkenaan.

Shafien berkata, seramai 129 anggota polis akan bertugas di lokasi yang ditetapkan bagi meronda kawasan-kawasan berkenaan terutama di kawasan berisiko tinggi.

Katanya, sepanjang lawatannya ke pusat-pusat pranginan termasuk Pantai Cahaya Bulan (PCB) dapati sebilangan besar orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Bagaimana pun masih boleh ditambah baik terutama dalam pemakaian pelitup muka terdapat segelintir memakainya di bawah dagu,” katanya.

“Manakala sebilangan besar pengunjung yang berkeluarga dan membawa anak-anak pula sudah melengkapkan dua dos dinasihat tidak bercampur dengan keluarga lain bagi mencegah jangkitan Covid-19. – HARAKAHDAILY 19/9/2021

- Advertisement -