PAS Sabah bantu lancarkan program vaksinasi

- Advertisement -

Oleh SITI NURFATIHA MOHAMAD

SANDAKAN:
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid menyatakan parti itu sentiasa menyokong dan menggalakkan semua masyarakat untuk mengambil vaksin.

“PAS akan memberi sokongan penuh dan kerjasama terhadap kerjaaan dalam usaha pengambilan vaksinasi dalam kalangan masyarakat khususnya di Sandakan,” ujarnya semasa turun melawat perkembangan dan pelaksanaan pemberian vaksin untuk golongan remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Harmoni Batu 3, di sini, semalam.

- Advertisement -

Beliau turut menzahirkan kesyukuran atas sokongan dan bantuan para petugas Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat PAS yang bekerjasama NGO dalam memastikan proses pemberian vaksin berjalan lancar.

Beliau dan beberapa NGO yang lain telah turun ke beberapa komuniti dalam usaha menyedarkan kepentingan vaksinasi kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, beliau berkata pihaknya juga sedang giat untuk mengumpul data penduduk yang belum mengambil vaksin agar Zon Sandakan dapat mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan Sabah boleh menuju ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. – HARAKAHDAILY 19/9/2021

- Advertisement -