Wartawan diseru supaya jadi ejen perpaduan

- Advertisement -

Oleh JANIRA AIN ABU BAKAR

PUTATAN:
Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Ahmad Dullah menyeru para penulis atau wartawan haraki parti itu supaya menjadi ejen perpaduan.

Beliau berkata, selaku wartawan adalah menjadi tanggungjawab untuk membentuk minda positif masyarakat ke arah perpaduan. 

- Advertisement -

“Kita merupakan ejen penerangan yang menyampaikan maklumat dari pimpinan kepada masyarakat.

“Justeru, tugas kita adalah sangat besar dan perlu berusaha untuk menyebarkan informasi ke saluran media selain daripada platform rasmi PAS,” ujar beliau dalam ucapan perasmian Bengkel Wartawan Rakyat peringkat negeri, hari ini. Turtu berucap ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Mustaman Mustain.

Program tersebut dilaksanakan secara atas talian, bertujuan memantapkan kemahiran menulis para wartawan Rakyat Harakah negeri ini.

Kursus itu merupakan anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu Negeri Sabah.

Seramai 90 orang peserta telah menghadiri bengkel dua hari itu yang dijadualkan perasmian penutup oleh Adun Dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, esok. – HARAKAHDAILY 18/9/2021

- Advertisement -