KPLB mohon peruntukan lebih besar bela nasib Orang Asli

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

GUA MUSANG:
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KLPB) akan memohon peruntukan lebih besar dalam belanjawan 2022 untuk masyarakat Orang Asli di negara ini berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, program pembangunan melibatkan golongan berkenaan akan menjadi perlahan sekiranya bajet masih sama.

“Saya berharap kawasan seperti ini diberikan peruntukan khas. Saya minta KPLB buat satu permohonan bajet yang lebih untuk masyarakat Orang Asli.

- Advertisement -

“Jadi saya minta supaya KPLB berdaya inisiatif untuk melebihkan bajet untuk masyarakat Orang Asli,” katanya ketika ditemui sempena misi vaksinasi masyarakat Orang Asli di Pos Gob hari ini.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) selaku agensi berkaitan diminta membuat bajet melibatkan keseluruhan perkampungan masyarakat berkenaaan di seluruh negara.

Beliau berkata, bagaimanapun jumlah bajet yang ingin dimohon kepada kerajaan belum dapat diumumkan kerana ia masih dirangka.

“Mereka sedang dalam proses pembikinan bajet. Dan saya diberi tugas untuk jaga masyarakat Orang Asli dan saya akan terus memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan mereka,” katanya.

Masyarakat Orang Asli ramai terdapati di Kelantan, Pahang dan Perak, manakala di tempat-tempat lain hanya terdapat sebilangan kecil.

“Kelantan dan Pahang memerlukan satu peruntukan besar untuk proses pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/9/2021

- Advertisement -