Kempen Derma Darah AMAL kumpul 35 beg untuk HOSHAS

- Advertisement -

TEMERLOH: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Pahang telah menganjurkan kempen derma darah bagi Zon Tengah yang diadakan di Unit Tabung Darah Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), di sini kelmarin.

- Advertisement -

Kempen untuk mengisi keperluan darah ini dilangsungkan sempena Hari Malaysia dan kesinambungan daripada Amal Mega Blood Donation (AMBD) yang dianjurkan AMAL sebelum ini di seluruh negara.

Ia dikendalikan dari usaha bersama AMAL Kawasan Temerloh, Jerantut, Kuala Krau dan Maran dengan pihak Unit Darah HOSHAS di mana pada kempen separuh hari ini berjaya mengumpulkan 35 beg darah.

Setiausaha PAS Negeri Pahang, Hasanuddin Salim dan Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus serta Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Muhammad Shukri Shuib antara yang hadir menderma.

Komandan AMAL Temerloh, Badli Ahmad berkata, 35 beg darah yang diperolehi pada kempen tersebut dapat dimanfaatkan bagi kegunaan sekitar 105 pesakit bagi tujuan rawatan atau keperluan kecemasan berkaitan.

“Kami masih mengharapkan agar lebih ramai penderma tampil membantu pihak HOSHAS dengan menderma darah,” ujar beliau yang bertekad melaksanakan lagi kempen tersebut akan datang.

Hasanuddin pula ketika diminta ulasan menyatakan penghargaan mewakili PAS Pahang terhadap inisiatif melaksanakan program tersebut. – HARAKAHDAILY 18/9/2021

- Advertisement -