COVID-19: Peralihan ke fasa endemik berliku, kes aktif hampir 230,000

- Advertisement -

BERIKUT adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Sept hingga pukul 8:30 malam 17 Sept 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2 juta kes. Di peringkat global, lebih 227 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.6 juta. Lebih 204 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sasaran Malaysia untuk beralih ke fasa endemik pada penghujung Oktober ini mungkin sukar menjadi kenyataan sekiranya penularan COVID-19 kembali mengganas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan ini pada Rabu lepas, beberapa hari selepas Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, perkumpulan orang ramai serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang rendah dikhuatiri akan mencetuskan semula penularan teruk COVID-19 dan membantutkan usaha kerajaan untuk memulihkan negara.

Untuk rekod, Malaysia masih mencatat kes harian baharu empat angka dan sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 17 September 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 17,577 lagi kes baharu COVID-19.

Ini menjadikan kumulatif kes yang melepasi angka dua juta pada 14 September lepas meningkat kepada 2,067,327 kes hari ini (17 September). Kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan setakat 17 September pula sebanyak 221,339 kes.

Dengan kumulatif kes 2,067,327, Malaysia kini di tangga 21 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia adalah Peru (2,164,380 kes) dan Filipina (2,324,475 kes).

Berikut adalah rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (11 Sept hingga 17 September 2021):-

11 Sept (19,550 kes); 12 Sept ( 19,198 kes), 13 Sept ( 16,073 kes), 14 Sept (15,669 kes), 15 Sept (19,495 kes), 16 Sept (18,815 kes) dan 17 Sept (17,577 kes ).

Sementara itu, kes pesakit COVID-19 yang sembuh hari ini berjumlah 22,970 dan ini menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,823,248 kes (88.2 peratus) daripada keseluruhan kes COVID-19.

Sebanyak 891 kes pesakit COVID-19 dirujuk kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 410 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian akibat COVID-19 dalam negara direkod KKM pada 17 September adalah 388 kes, menjadikan jumlah kematian sebanyak 22,743 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 17,577 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 17,333 kes (98.6 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Mengenai Situasi dan Maklumat Terkini Mutasi Spike Protein COVID-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham pada 13 Sept lepas melaporkan bahawa kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) mengenalpasti sebanyak 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institute for Medical Research (IMR) mengenalpasti sebanyak 38 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu

• 36 kes varian Delta (B.1.617.2); dan

• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes.

Daripada jumlah yang dikesan itu, sebanyak 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti berikut:-

11 Sept (0.99), 12 Sept (0.98 ), 13 Sept (0.98), 14 Sept (0.96), 15 Sept (0.97), 16 Sept (0.98) dan 17 Sept (0.95).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 16 Sept adalah Sarawak 1.11.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Sehingga 17 September 2021, Malaysia mempunyai sebanyak 1,387 kluster masih aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,247 kluster di kesan di negara ini dan 3,860 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 188 kluster baharu. Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 98 kluster (52.1 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 65 kluster (34.6 peratus).

Sementara itu, daripada 17,577 kes harian baharu, sebanyak tujuh (7) buah negeri mencatat kes harian baharu empat angka, enam (6) buah negeri tiga angka dan tiga (3) negeri, mencatat dua angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Sarawak 3,480 kes, Selangor 2,646 kes, Johor 2,334 kes, Perak 1,596 kes, Sabah 1,533 kes, Pulau Pinang 1,462 kes dan Kedah 1,173 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – Kelantan 869 kes, Pahang 832 kes, Terengganu 719 kes, WP Kuala Lumpur 366 kes, Melaka 287 kes dan Negeri Sembilan 198 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 41 kes, WP Putrajaya 31 dan WP Labuan 10 kes.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (11 Sept -17 Sept 2021)

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 19,550 kes harian pada 11 /9/2021

265 kes (1.4 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan

19,285 kes (98.6 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 19,198 kes harian pada 12/9/2021

253 kes (1.3 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan

18,945 kes (98.7 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 16,073 kes harian pada 13/9/2021

233 kes (1.5 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan

15,840 kes (98.5 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 15,669 kes harian pada 14/9/2021

283 kes (1.8 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan

15,386 kes (98.2 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 19,495 kes harian pada 15/9/2021

308 kes (1.6 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan

19,187 kes (98.4 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 18,815 kes harian pada 16/9/2021

222 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

18,593 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 17,577 kes harian yang dilaporkan pada 17/9/2021

• 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

• 17,333 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh:-

11 Sept ( 21,771 kes), 12 Sept ( 20,980 kes), 13 Sept (24,813 kes), 14 Sept (18,053 kes), 15 Sept ( 18,760 kes), 16 Sept ( 16,939 kes) dan 17 Sept (22,970 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 17 Sept 2021 sebanyak 1,823,248 (88.2 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

11 Sept – Kes baharu : 19,550 kes (1,960,500 kes kumulatif); Kes import : 7 kes (5 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,543 kes [17,153 warganegara (87.8%);  2,390 bukan warganegara (12.2%)];

12 Sept – Kes baharu : 19,198 kes (1,979,698 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,193 kes [17,428 warganegara (90.8%);  1,765 bukan warganegara (9.2%)];

13 Sept – Kes baharu : 16,073 kes (1,995,771 kes kumulatif); Kes import : 21 kes (8 warganegara; 13 bukan warganegara); Kes tempatan : 16,052 kes [14,352 warganegara (89.4%);  1,700 bukan warganegara (10.6%)];

14 Sept – Kes baharu : 15,669 kes (2,011,440 kes kumulatif); Kes import : 17 kes (7 warganegara; 10 bukan warganegara); Kes tempatan : 15,652 kes [14,169 warganegara (90.5%);  1,483 bukan warganegara (9.5%)];

15 Sept – Kes baharu : 19,495 kes (2,030,935 kes kumulatif); Kes import : 11 kes (5 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,484 kes [17,860 warganegara (91.7%);  1,624 bukan warganegara (8.3%)];

16 Sept- Kes baharu : 18,815 kes (2,049,750 kes kumulatif); Kes import : 7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 18,808 kes [16,819 warganegara (89.4%);  1,989 bukan warganegara (10.6%)].

17 Sept – Kes baharu : 17,577 kes (2,067,327 kes kumulatif); • Kes import : 3 kes (3 warganegara); • Kes tempatan : 17,574 kes [15,438 warganegara (87.8%); 2,136 bukan warganegara (12.2%)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

11 Sept – 592 kematian (BID 88); 12 Sept – 292 kematian (BID 106); 13 Sept – 413 kematian (BID176); 14 Sept – 463 kematian (BID108 ); 15 Sept – 422 kematian (BID 92); 16 Sept – 346 kematian (*105) dan 17 Sept – 388 kematian (*64).

*Jumlah kes kematian sehingga 17 September 2021 sebanyak 22,743 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

11 Sept – 28 kluster baharu (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pendidikan 2);

12 Sept – 34 kluster baharu (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster keagamaan 1);

13 Sept – 32 kluster baharu (kluster tempat kerja 16, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pendidikan 1);

14 Sept – 29 kluster baharu (kluster tempat kerja 14, kluster komuniti 12 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3);

15 Sept – 25 kuster baharu (kluster tempat kerja 14, kluster komuniti 7, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2);

16 Sept – 21 kluster baharu (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pendidikan 3 dan kluster pusat tahanan 1).

17 Sept – 19 kluster baharu (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 6 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 227,951,739 kes (Rangkuman Minggu lalu 224,163,986 kes) dengan 4,686,522 kematian (Minggu lalu 4,623,479 kematian). Kes pesakit sembuh 204,643,635 kes (minggu lalu 200,774,214 kes). 

 Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Perancis, Turki, Iran, Argentina dan Colombia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 42,634,054 kes (688,486 kematian);
India 33,381,728 kes (444,278 kematian);
Brazil 21,069,017 kes (589,277 kematian);
United Kingdom 7,339,009 kes (134,805 kematian);
Rusia 7,234,425 kes (196,626 kematian);
Perancis 6,934,732 kes (115,894 kematian);
Turki 6,767,008 kes (60,903 kematian);
Iran 5,378,408 kes (116,072 kematian);
Argentina 5,234,851 kes (114,101 kematian);
Colombia 4,936,052 kes (125,782 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 109 dengan 95,577 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 107 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 13 –  4,185,144 kes (140,138 kematian);
Filipina di tangga 19 – 2,324,475 kes (36,328 kematian);
Thailand di tangga 29 – 1,448,792 kes (15,124 kematian);
Vietnam di tangga 47 – 656,129 kes (16,425 kematian);
Myanmar di tangga 62 – 440,741 kes (16,869 kematian);
Kampuchea di tangga 107 – 102,834 kes (2,089 kematian);
Singapura di tangga 116 -74,848 kes (59 kematian);
Laos di tangga 150 – 18,059 kes (16 kematian);
Brunei di tangga 183 – 4,675 kes (23 kematian).

Ruangan sisi

Latar belakang Covid-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression. 

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

— Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

— Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes. – BERNAMA 

- Advertisement -