500 pelajar IPT terima sagu hati disampai Adun Limbongan

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Kerajaan negeri menyalurkan dana sebanyak RM12,000 sebagai saguhati kepada 120 pelajar di Dun Limbongan yang akan mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah bermula oktober ini.

Adun Limbongan Mohd Nazlan Muhammad Hasbullah berkata, mereka akan memasuki kampus di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negara.

“Peruntukan itu bagi meringankan beban pelajar terbabit yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya selepas majlis penyàmpaian bantuan itu di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Limbongan di sini hari ini.

- Advertisement -

Mohd Nazlan berkata, setiap pelajar menerima sebanyak RM100 biarpun tidak sebesar mana, namun ia dapat meringankan sedikit beban keluarga dalam menyediakan keperluan pelajar terbabit.

Katanya, mana-mana pelajar yang tercicir nama pada program hari ini mereka boleh membuat rayuan melalui penghulu mukim masing-masing.

Beliau berkata lebih 200 pelajar lagi dijangka akan datang secara walk-in menjadikan jumlah keseluruhan 500 pelajar seperti tahun lepas.

Tahun lepas seramai 570 pelajar menerima saguhati tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM57,000. – HARAKAHDAILY 18/9/2021

- Advertisement -