PAS edar bendera dan topeng muka pada Hari Malaysia

- Advertisement -

PAS Miri bersama-sama dengan Jabatan Amal Malaysia di Miri mengedarkan sejumlah 100 keping bendera dan topeng muka dalam Program Pengedaran Bendera dan Topeng Muka kepada penjaja dan pengunjung di Pasar Malam Saberkas semalam. Pesuruhjaya PAS Sarawak bersama PAS Kawasan Miri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Amal turut serta dalam pengedaran  tersebut.

16 September setiap tahun adalah hari bersejarah bagi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 dan harus disambut sebagai Hari Kebangsaan.

- Advertisement -

‘Prihatin Malaysia’ dipilih sebagai tema untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama dengan logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang yang melambangkan keprihatinan pemerintah terhadap rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama. Rakyat Malaysia harus meraikan bersama tanpa mengira bangsa dan agama dan fahaman politik demi perpaduan dan keamanan di negara ini.

Apabila kita merasakan diri kita sebagai keluarga Malaysia, kita pasti akan merasa gembira jika kita berada di negara asing, dapat bertemu dengan rakyat Malaysia seperti keluarga kita sendiri tanpa mengira bangsa dan agama. Sekiranya sikap ini ada pada setiap rakyat Malaysia, kita pasti akan mencapai keamanan dan keharmonian di Malaysia.

Semoga rakyat Malaysia sentiasa selamat dan sihat dan selamat dari wabak COVID-19. Tinggal di rumah apabila anda tidak perlu keluar dan sentiasa menjaga kesihatan anda.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

PAS Sarawak distributes flags and face masks on Malaysia Day

PAS Miri together with the Malaysian Charity Department in Miri distributed a total of 100 pieces of flags and face masks in the Flag & Face Mask Distribution Program to hawkers and visitors at Saberkas Night Market yesterday. The Sarawak PAS Commissioner together with the Miri Area PAS through the Social Welfare Department and the Charity Department participated in the distribution.

16 September each year is a historic day for Malaya, Sabah and Sarawak to commemorate the establishment of the Malaysian federation in 1963 and should be celebrated as National Day.

‘Prihatin Malaysia’ was chosen as the theme for National Day and Malaysia Day this year, along with a heart -shaped logo in the color of the Jalur Gemilang which symbolizes the government’s concern for Malaysians of various races and religions. Malaysians should celebrate together regardless of race and religion and political persuasion for the sake of unity and peace in this country.

When we feel ourselves as a Malaysian family, we will definitely feel happy if we are in a foreign country, able to meet Malaysians like our own family regardless of race and religion. If this attitude is present in every Malaysian, we will definitely achieve peace and harmony in Malaysia.

May Malaysians always be safe and healthy and safe from the COVID-19 epidemic. Stay home when you don’t have to go out and always take care of your health.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 17/9/2021

- Advertisement -