PAS anjur sambutan Hari Malaysia secara maya 19 Sept

KUALA LUMPUR: PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) buat julung kali akan menganjurkan Sambutan Hari Malaysia secara maya pada 19 September ini.

Program yang bermula jam 9.30 pagi  hingga 1200 tengah hari itu disiarkan secara langsung melalui laman facebook PAS Pusat https://www.facebook.com/paspusat.

Advertisement

Pemimpin PAS dan para tetamu yang akan menyampaikan ucapan terdiri daripada Naib Presiden PAS,  Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Halimah Ali (Pengerusi LPN PAS Pusat), Datuk Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri MOSTI, Pengerusi LPN Terengganu), Senator Balasubramaniam Nachiappan (Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat), Senator Wan Martina Wan Yusoff (Timbalan Pengerusi LPN Dewan Muslimat PAS Malaysia), Arifiriazul Paijo (Pengerusi LPN Dewan Pemuda PAS Malaysia).

Turut berucap juga ialah Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong, Jalumin Bayogoh (Timbalan Presiden STAR), Thinalan T Rajagopalu (Ketua Pemuda MIC), Datuk Nicole Wong (Ketua Pemuda MCA), Aliakbar Gulasan (ADUN Lantikan Sabah), Kong Tuck Wah (Naib Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat), Balendran Balasubramaniam ( Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat), Achau Anak Mujah (Iban, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sarawak) dan Jumat bin Anak (Penghulu Orang Asli, Kelantan).

Majlis juga akan diserikan dengan persembahan nyanyian dan video pendek bertemakan Keluarga Malaysia serta sumbangan PAS kepada masyarakat majmuk Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/9/2021