Dato’ Husain Awang dipilih Senator sekali lagi

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bersetuju memilih semula Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan, hari ini

Pelantikan itu juga memperbaharui perkhidmatan beliau yang tamat tempoh pada 16 Julai lalu, demikian lapor TRDI.my.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan pelantikan beliau apabila Speaker DUN, Dato’ Yahaya Ali mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara selepas terdapat kekosongan jawatan berkenaan.

“Semoga dengan penyertaan beliau sebagai mewakili Negeri Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan negeri,” ujar Samsuri pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14, di sini, hari ini.

Husain sebelum ini pernah dilantik dengan jawatan berkenaan pada 2018 hingga Julai 2021 di mana anak jati Daerah Besut dan bapa kepada 10 anak itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan beliau merupakan seorang Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Beliau berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Islam Madinah, berpengalaman menjadi pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Islam Klang, Selangor. – HARAKAHDAILY 15/9/2021

Sumber Asal: https://www.trdi.my/husain-awang-dipilih-sebagai-senator-wakili-terengganu

- Advertisement -