Takiyuddin kuarantin kendiri hingga 20 Sept

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu yang positif Covid-19.

- Advertisement -

Bagaimanapun, katanya ujian PCR yang dilakukan pada Jumaat lepas (10 September) dan Isnin (13 September) adalah negatif, namun beliau masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 September ini.

Menurutnya, ia susulan sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Sidang Dewan sepanjang minggu ini, serta menjalankan tugasan rasmi yang berbentuk fizikal,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun beliau masih boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan secara hibrid.

“Segala kesulitan adalah amat dikesali,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 14/9/2021

- Advertisement -