Ahmad Maslan juga calon PAS

- Advertisement -

PAS merupakan sebahagian dari kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Sebagaimana sebelum ini ia sebahagian dari Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai rakan dalam kerajaan tugas PAS adalah mendukung dan mempertahankan kerajaan selagi mana ianya diurus selaras dengan kehendak dasar perjuangan PAS. Sejarah PAS membuktikan PAS tidak pernah khianat apabila berkawan apa lagi mengugut dan mengambil kesempatan dari kawan.

- Advertisement -

Dalam isu calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang akan diputuskan Selasa nanti, parti kerajaan telah mengemukakan Dato’ Seri Ahmad Maslan MP Pontian sebagai calonnya. Dengan itu ia juga adalah calon PAS dan PAS akan mengundi menyokongnya.

Pihak pembangkang mendakwa Ahmad mempunyai kes di mahkamah lalu beliau tidak layak. Sejak bilakah seorang yang belum sabit kesalahannya dikira bersalah? Kita mendukung kedaulatan undang-undang, dan dalam sistem kita seseorang dikira tidak bersalah sehinggalah disabit kesalahannya.

Sebagaimana Setiausaha Agung DAP Guan Eng, walau didakwa dengan kes rasuah di mahkamah, beliau masih bebas sebagai MP kerana beliau tidak lagi disabit bersalah. Apa pun yang muktamad PAS tidak sekali-kali akan sokong atau terima calon DAP Nga Kor Ming sebagai calon Timbalan Speaker.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 13/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1595518094120854/

- Advertisement -