Lebih 17 juta populasi dewasa sudah lengkap vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 17,026,781 individu atau 72.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 21,290,857 individu atau 90.9 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

- Advertisement -

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 38,260,575 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 258,929 dos diberikan semalam dengan 88,960 menerima dos pertama sementara 169,969 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 12/9/2021

- Advertisement -