‘Edar bantuan tanpa mengira parti’

- Advertisement -

Oleh AISYAH RAMADHA ISMAIL

- Advertisement -

PUTATAN: PAS sentiasa komited membantu golongan memerlukan tanpa mengira parti, kata Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Zulzaim Hilmee.

Ini kerana, kebajikan adalah antara agenda utama yang diperjuangkan PAS selama ini.

“Mudah-mudahan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban masyarakat Kampung Sailan.

“PAS Kawasan Putatan menzahirkan penghargaan terhadap orang kampung yang telah memudahkan proses serahan bantuan kepada 42 keluarga tersebut.

“Diharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara PAS Kawasan Putatan dan pimpinan Kampung Sailan khususnya,” ujarnya.

Zulzaim berkata demikian ketika selepas selesai mengedarkan bantuan dan menziarahi mangsa banjir di Kampung Sailan, pada Sabtu.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kota Kinabalu, Mohd Tarmizi Mohd Yahya, ahli jawatan kuasa PAS Kawasan, serta ketua Kampung Sailan, Dulajis Suiet.

“Kami ucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Putatan sebab sudi membantu kami terutama yang terjejas teruk dengan banjir baru-baru ini”, ujar Dulajis Suiet. – HARAKAHDAILY 12/9/2021

- Advertisement -