Tambah jemaah solat, Idris akan jumpa mufti, KKM, MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan membuat deraf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau.

Ini, katanya untuk dljadikan panduan kepada seluruh negeri di Malaysia, tertakluk kepada persetujuan negerl-negerl.

Menurutnya, arahan itu jejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik Covid-19 pada penghujung Oktober selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin.

- Advertisement -

“Untuk itu, saya juga akan mengadakan satu pertemuan dengan mufti-mufti negerl, plhak Kementerian Keslhatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat bagi perbincangan lanjut mengenal perkara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan itu bagl membincangkan beberapa cadangan yang boleh diambil bagi memberi ruang kapasiti yang lebih luas untuk umat Islam solat berjemaah di masjid dan surau dengan langkah-langkah keselamatan yang rapi.

Selain itu, ujarnya cadangan untuk menjadikan lebih banyak surau biasa termasuk surau-surau di pejabat sebagai tempat mendirikan solat Jumaat juga akan turut dibincangkan bersama pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan solat berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti berkaitannya.

“Ini kerana ia sebahagian daripada lima inisiatif MANTAP yang dirancang oleh pihak saya, iaitu Pemantapan Mental, Jasmani dan Rohani serta Pemantapan lnstitusi Masjid dan Surau,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau amat berharap agar masyarakat khususnya umat Islam memahami bahawa sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam setiap perkara, keselamatan rakyat adalah perkara yang paling menjadi keutamaan.

Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan terus berusaha bersama pihak berkuasa agama negeri, dalam perkara berkaitan hal ehwal agama Islam agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta menurut lunas perundangan.

“Semua usaha ini sudah pasti akan mengambil kira titah nasihat, pandangan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Raja negeri-negeri yang bertanggungjawab mengenai urusan hal ehwal Islam di negara ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/9/2021

- Advertisement -