72 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 peratus atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 21,195,778 individu atau 90.5 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

- Advertisement -

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 38,001,646 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 287,059 dos diberikan semalam dengan 111,027 menerima dos pertama sementara 176,032 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 11/9/2021

- Advertisement -