Messi lebur rekod jaringan Pele

- Advertisement -

ANKARA: Lionel Messi kini mengambil alih takhta penjaring gol terbanyak lelaki dalam sejarah Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) selepas berjaya melakukan hatrik ketika menentang Bolivia, lapor Agensi Anadolu.

Ia sekali gus mengatasi rekod yang dipegang legenda bola sepak Brazil, Pele.

- Advertisement -

Argentina pada Khamis membenam Bolivia 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia CONMEBOL di Stadium Antonio Vespucio Liberti, Argentina.

Ikon Argentina itu di kedudukan teratas penjaring terbanyak dengan 79 gol, mendahului pencapaian Pele sebanyak 77 gol.

Messi kini berkongsi tempat kelima dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman terbanyak bersama Godfrey Chitalu dari Zambia, manakala bintang Portugal Cristiano Ronaldo mendahului dengan 111 gol.

Argentina berada di tangga kedua dengan 18 mata dalam peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia CONMEBOL 2022 dan Brazil di kedudukan teratas dengan 24 mata. – BERNAMA

- Advertisement -