Lelaki sembunyi dadah dalam timbunan tanah

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA8) Supt Mat Shukor Yusof
- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

RANTAU PANJANG: Tindakan seorang lelaki menyembunyikan barangan terlarang disyaki dadah dalam timbunan tanah di belakang rumah akhirnya terbongkar.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA8) Supt Mat Shukor Yusof berkata, semasa serbuan yang dilakukan ke sebuah rumah mendapati seorang lelaki yang mencurigakan bertindak melarikan diri ke dalam rumah.

- Advertisement -

Katanya, hasil dari siasatan yang dilakukan lelaki berusia 31 tahun itu didapati mengaku ada menyimpan barangan terlarang di belakang rumahnya.

Kata beliau dengan dipandu arah oleh laki tersebut dia menunjuk tempat barangan terlarang itu disembunyikan di bawah timbunan tanah, disyaki dadah jenis syabu.

“Ketika kejadian tersebut berlaku pasukan rondaan membuat serbuan di sebuah rumah Taman Sri Kenerak, Jalan Hospital Pasir Mas.

“Ketika pasukan tiba di rumah teraebut didapati sorang lelaki yang mencurigakan berada di hadapan rumah terbabit. Hasil pemeriksaan mendapati satu plastik lut sinar mengandungi ketulan-ketulan kristal yang disyaki dadah.

“Pasukan sebuan menahan lelaki berkenaan dan merampas sebuah kereta jenis honda Jazz bersama syabu anggaran berat 50.9 gram, ” katanya kepada pemberita pada sidang media di Markas PGA Lubuk Stol, hari ini.

Menurutnya juga, nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM75,090.

Mat Shukor juga berkata, pada tangkapan berasingan pihaknya berjaya mematahkan cubaan dua lelaki yang dipercayai menyeludup 13 ekor lembu bernilai RM136,500 di Kampung Mentua, Pengkalan Kubur, Tumpat.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai surat kebenaran memindahkan ternakan itu yang meragukan kerana lembu-lembu tersebut di kandang yang tidak sama alamat asal seperti mana surat kebenaran memindah ternakan. – HARAKAHDAILY 10/9/2021

- Advertisement -