71.5 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71.5 peratus atau 16,680,780 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 90 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

- Advertisement -

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 37,714,587 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 322,346 dos diberikan semalam dengan 133,861 menerima dos pertama sementara 188,485 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 10/9/2021

- Advertisement -