Lebih 70.5 peratus populasi dewasa sudah lengkap vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70.5 peratus atau 16,492,295 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,943,582 individu atau 89.5 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

- Advertisement -

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 37,392,241 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 320,452 dos diberikan semalam dengan 128,038 menerima dos pertama sementara 192,414 merupakan penerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 9/9/2021

- Advertisement -