DAP yang ‘double standard’

- Advertisement -

KERAJAAN pimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berhak mencalonkan siapa sahaja dari kalangan MP pro kerajaan untuk menjadi Timbalan Speaker menggantikan Dato’ Azalina Othman Said yang letak jawatan.

Menurut amalan Dewan sama ada Parlimen mahupun Dewan-dewan Negeri biasanya jawatan ini diisi oleh penyokong kerajaan. Mengapa perlu kerajaan hari ini menaikkan calon pembangkang ke jawatan ini? DAP khabarnya mahu jawatan ini diisi oleh MP Teluk Intan Nga Kor Ming.

- Advertisement -

Menurut Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh jawatan itu wajar diberikan kepada pembangkang bagi membuktikan kerajaan benar-benar mahu memastikan institusi Parlimen mempunyai satu pembaharuan.

Pembaharuan atau mencari masalah? Pembaharuan Parlimen bukan bermaksud melantik pembangkang sebagai Timbalan Speaker. Jika begitu mengapa tidak dimulakan di negeri-negeri pembangkang seperti Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang?

Jika benar MP Pontian Datuk Ahmad Maslan bakal dicalonkan pihak kerajaan ke jawatan itu apa masalahnya? Pembangkang boleh sahaja kemuka calon mereka, jika mereka punya majoriti.

DAP kononnya sedih jika MP Pontian dicalonkan atas alasan beliau punya kes di mahkamah? Sejak bilakah seorang yang punya kes di mahkamah sudah dikira bersalah sedangkan proses pengadilan terhadapnya belum selesai?

Apakah DAP sudah tidak percaya pada prinsip ‘innocent unless proven guilty’ iaitu seseorang itu tidak bersalah kecuali telah disabitkan kesalahannya.

Kalau begitu kenapa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng masih dibenarkan ke Dewan? Malah semasa kesnya digugurkan dahulu beliau telah menjadi Menteri Kewangan, kenapa tidak dilucutkan jawatannya dahulu?

Inilah DAP yang ‘double standard’ dan sentiasa menangguk di air keruh. Cukuplah berpolitik dan tumpukan pada Pelan Pemulihan Negara.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1592635744409089/

- Advertisement -