Realisasi PICK untuk capai imuniti kelompok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPN9) menyeru semua rakyat merealisasikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) demi mencapai imuniti kelompok untuk memutuskan rantaian Covid-19.

- Advertisement -

Pesuruhjayanya, Rafie Mustapha berkata, penurunan kes di Negeri Sembilan menjadi bukti kukuh vaksinasi dapat membendung penularan Covid-19.

Hal ini kerana, sehingga kini, 80 peratus lebih warga dewasa di negeri itu  telah menerima vaksinasi lengkap.

“BPPN9 benar-benar yakin bahawa vaksinasi   berupaya membendung penularan Covid-19 dan berharap kerajaan menggesa semua negeri agar dapat mempercepatkan pemberian vaksinasi.

“Selain warga dewasa, vaksini wajar diberikan (kepada)pada anak muda yang telah mencapai umur 18 tahun.

“Saya menjangkakan pilihan raya umum ke-15 akan datang, bakal melibatkan anak muda yang mencapai umur 18 (tahun) menjadi pengundi.

“Justeru, seruan vaksin perlu dilaksanakan semua pihak terutama kepada gololongan anti-vaksin yang memberi pelbagai informasi yang tidak tepat mengenai vaksin.

“Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita semua bagi memutuskan rantaian Covid-19,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 5 September, peratusan dewasa yang menerima vaksinasi lengkap telah mencapai 68 peratus, iaitu 15,926,601 individu.

Sementara itu, kes jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan juga didapati menurun dengan pecahan kes baharu Covid-19 di negeri itu hanya mencatatkan 193 kes aktif.

Memetik laporan Berita Harian bertarikh 4 September, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin memuji usaha proaktif semua pihak serta petugas kesihatan di Negeri Sembilan yang berjaya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan penurunan kes jangkitan Covid-19 serta proses vaksinasi yang berjalan lancar. – HARAKAHDAILY 7/9/2021

- Advertisement -