Pemuda Nibong Tebal lancar dana wakaf pembelian van

Foto Ihsan Facebook Nor Zamri Latiff
- Advertisement -

Oleh NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL: Pemuda PAS Nibong Tebal melancarkan tabung untuk pembelian van serbaguna bagi memudahkan pihaknya menjalankan misi-misi kebajikan.

Selain itu, van sama akan dimanfaatkan untuk kegunaan murid dan guru PASTI serta SRITI di Nibong Tebal untuk kegiatan kursus dan sebagainya.

- Advertisement -

Van berkenaan juga akan digunakan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Nibong Tebal untuk sebarang misi atau arahan bertugas mereka.

Menurut Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Zulazhar Mohamad, pihaknya amat memerlukan kenderaan untuk bergerak secara berkumpulan terutama ketika menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di lokasi yang jauh seperti program clean & clear di Titi Hayun, Yan baru-baru ini.

“Sebagai usaha sepadu menangani desakan yang wujud, Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal merancang memiliki van serbaguna di mana akan menjadi kenderaan rasmi bagi maksud dinyatakan.

“Dianggarkan sebanyak RM100,000 diperlukan bagi pembelian van terpakai tersebut yang diharapkan sokongan ramai pihak untuk merealisasikannya secara pendanaan tunai atau setara,” ujarnya selepas menghadiri program Istighasah. Tabung berkenaan dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Nor Zambri Latiff.

Seramai 78 peserta mengikuti taujihat oleh YDP PAS Kawasan Nibong Tebal selepas program Istighasah Zikir Munajat mingguan anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Nibong Tebal yang diadakan pada setiap Sabtu.

“Sebagai anggota Jabatan Amal kita haruslah sentiasa menjaga niat di atas amal kebajikan, kerana melalui keberkatan amal itu menghasilkan keikhlasan, membuahkan hasil yang baik dan ukhuwah yang mantap,” jelas Nor Zamri Latiff.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun BIMB 08022010054200 atas nama Jabatan Amal Kawasan Nibong Tebal dan sebarang pertanyaan hubungi 019-5142124 (Zulazhar) atau 013-4714243 (Bukhari) – HARAKAHDAILY 4/9/2021

- Advertisement -