Kerajaan tanggung kos tinggi pengurusan di lokasi PKPD

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

TUMPAT:
Kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di satu-satu lokasi sekiranya didapati ramai anggota masyarakat dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, pelaksanaan PKPD menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit bagi menyediakan keperluan harian kepada penduduk terlibat.

- Advertisement -

Katanya, sumbangan makanan disediakan kerajaan Persekutuan, negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terkesan.

“Oleh itu amat wajar setiap anggota masyarakat sentiasa mengawasi diri daripada terjebak dengan wabak Covid-19.

“Biarpun kita telah menjalani suntikan vaksin lengkap dua dos, bukan bererti kita boleh bebas bergerak,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya juga pemantuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) begitu penting memandangkan vaksin Covid-19 bukan tiket untuk bebas bergerak.

Mumtaz juga berkata, kerajaan Kelantan membekalkan makanan kepada penduduk yang dikenakan PKPD dua kali sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

“Ia meliputi makanan kering dan basah seperti beras, lauk pauk termasuk ayam, sayur dan berbagai lagi,” ujarnya.

Kata beliau juga kerajaan menyedari ramai penduduk tidak senang dengan pelaksanaan PKPD, namun ia perlu dilakukan bertujuan menyekat penularan Covid-19.

Mumtaz turut berharap penduduk yang belum lagi mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin perlu segera berbuat demikian. – HARAKAHDAILY 3/9/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -