Kajian ilmuan UPM dimanfaat pembangunan masyarakat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kajian dilakukan ilmuan di Institut Pengajian Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia sangat baik untuk dimanfaatkan bagi pembangunan masyarakat.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Zailah Mohd Yusoff berkata, semalam beliau mengadakan sesi perbincangan dan perkongsian hasil kajian bersama ilmuan terbabit.

Katanya, banyak kajian yang dilakukan para penyelidik IPSAS berkaitan isu sosial terutamanya ekonomi, sikap, pendidikan dan persekitaran memberi kesan kepada pembangunan masyarakat.

- Advertisement -

“Kajian-kajian serta cadangan tindakan terbaik bagi menangani isu-isu ini sangat membantu Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat menterjemahkan kepada tindakan terbaik untuk kepentingan masyarakat,” katanya pada perkongsian di laman sosialnya semalam.

Sesi perkongsian turut dihadiri Pengarah IPSAS UPM Prof Dr Ismi Arif Ismail dan pasukan pegawai penyelidik.

Sesi secara hibrid itu juga dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat Malaysia Rosmahwati Ishak; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Dr Faridah Awang.

Selain itu Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Hairil Fadzly Md Akir. – HARAKAHDAILY 3/9/2021

- Advertisement -