KUALA LUMPUR: Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 19,932,137 individu atau 85.1 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 35,150,474 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 398,134 dos diberikan semalam dengan 188,780 menerima dos pertama sementara 209.354 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 2/9/2021