Mereka ‘frontliners’ kita, wajib kita bantu mereka

- Advertisement -

BENAR, mereka di atas. Mereka perlu membantu kita. Bukan kata perlu, wajib kerana itu tugasan mereka. Namun jangan dilupa, mereka juga perlu dibantu. Bukankah Iskandar Zu Al Qarnain telah meminta penduduk kampung di jalan selain Timur, yang ingin membayar duit kepadanya, namun ditolak dan diminta bantu-an membantunya bersama-sama melaksanakan kerja-kerja yang penting.

Ini bermakna Zu Al Qarnain tidak mampu membuat kerja-kerja penting tanpa bantu-an walaupun dia seorang raja yang menguasai dunia. Kalau raja yang menguasai dunia pun memerlukan bantuan orang-orang di bawahnya, apatah lagi 3 orang pimpinan kita ini. 

- Advertisement -

Maka rujuklah kisah Zu Al Qarnain ini. Bukan saja-saja Allah menceritakan kisah ini. Bukan sekadar nak bercerita kisah raja itu sangat, tapi pengajaran daripada kisah itu yang perlu diambil. Ianya terkandung di dalam al-Quran, daripada Surah Al Kahfi:

ثُمَّ أَتۡبَعَ سَبَبًا
حَتَّىٰۤ إِذَا بَلَغَ بَیۡنَ ٱلسَّدَّیۡنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوۡمࣰا لَّا یَكَادُونَ یَفۡقَهُونَ قَوۡلࣰا
قَالُوا۟ یَـٰذَا ٱلۡقَرۡنَیۡنِ إِنَّ یَأۡجُوجَ وَمَأۡجُوجَ مُفۡسِدُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ فَهَلۡ نَجۡعَلُ لَكَ خَرۡجًا عَلَىٰۤ أَن تَجۡعَلَ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَهُمۡ سَدࣰّا
قَالَ مَا مَكَّنِّی فِیهِ رَبِّی خَیۡرࣱ فَأَعِینُونِی بِقُوَّةٍ أَجۡعَلۡ بَیۡنَكُمۡ وَبَیۡنَهُمۡ رَدۡمًا
ءَاتُونِی زُبَرَ ٱلۡحَدِیدِۖ حَتَّىٰۤ إِذَا سَاوَىٰ بَیۡنَ ٱلصَّدَفَیۡنِ قَالَ ٱنفُخُوا۟ۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَعَلَهُۥ نَارࣰا قَالَ ءَاتُونِیۤ أُفۡرِغۡ عَلَیۡهِ قِطۡرࣰا

“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan  alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

(Al-Kahfi: 92-96)

Juzuk yang ke 16. Muka surat 303.

Maka, bukankah Al-Quran sebaik-baik rujukan? Kalau bukan Al-Quran, maka kita mahu merujuk ke mana lagi? jeng jeng jeng… 

USTAZ AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua
Dewan Pemuda PAS
Negeri Perak – HARAKAHDAILY 31/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100002407451278/posts/4238494609574079/

- Advertisement -