Perdana Menteri jalani kuarantin kendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri majlis angkat sumpah jemaah kabinet petang ini kerana menjalani kuarantin kendiri.

Pejabat Perdana Menteri pada kenyataan berkata, perdana menteri disahkan menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

- Advertisement -

Begitu juga acara sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadual berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya esok hanya akan menyertai acara maya.

Petang ini berlangsung majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Majlis acara angkat sumpah itu bermula jam 2.30 petang.

Pada Jumaat lepas, Ismail Sabri mengumumkan anggota kabinet yang terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Perdana Menteri pula mengangkat sumpah pada 21 Ogos lepas selepas mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.

Difahamkan juga Ahli Parlimen Kimanis Dato’ Mohamad Alamin, yang disenaraikan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II juga tidak hadir selepas disahkan positif Covid-19. – HARAKAHDAILY 30/8/2021

- Advertisement -