Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik

Oleh NURSAM MOHAMMAD

Advertisement

PUTATAN: Bersempena sambutan bulan Kebangsaan, PAS Kawasan Putatan mengajak agar masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

PAS Kawasan Putatan mengajurkan program konvoi merdeka dan agihkan Jalur Gemilang diketuai oleh Tuan Haji Khairan Untoh, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan.

“Langkah sedemikian dirasakan dapat menyemarakkan rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.” Ujarnya.

Menurutnya lagi walaupun sambutan menyambut Hari Kemerdekaan tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya akibat dari wabak pandemik Covid-19, namun usaha menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat perlu terus diusahakan bersama terutama kepada generasi muda.

Haji Khairan berkata sedemikian ketika melancarkan program kempen kibarkan Jalur Gemilang bertempat di perkarangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sebarguna Putatan.

“Usaha ini kita jalankan dalam beberapa hari sepanjang ambang hari kemerdekaan ini, di beberapa tempat dalam parlimen Putatan.”

“300 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah diedarkan kepada masyarakat setempat, pemandu teksi, penunggang motorsikal penghantar makanan.”

Beliau juga menasihatkan masyarakat dalam negeri khususnya dalam parlimen Putatan agar terus mematuhhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan selain terus mendaftarkan sebagai penerima vaksin sebagai langkah berjaga-berjaga dan memastikan tahap kesihatan terjamin agar terhindar dari ancaman covid-19 sekaligus mencapai tahap 80 peratus imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini. – HARAKAHDAILY 30/8/2021