‘Anak muda perlu hayati sejarah perjuangan’

- Advertisement -

Oleh JANIRA AIN ABU BAKAR

RASAH: PAS Taman Gadong Jaya mengibarkan 50 Jalur Gemilang sepanjang jalan Taman Gadong Jaya, Labu, bertujuan menyemarakkan bulan kemerdekaan.

- Advertisement -

Usaha itu disertai oleh 7 ahli cawangan, dan diketuai oleh ketua PAS cawangan.

“Kemerdekaan merupakan nikmat yang perlu disyukuri. Ia merupakan hasil keringat, air mata dan darah para pejuang terdahulu. Anak-anak muda perlu menghayati sejarah perjuangan dan meneruskan usaha mengisi kemerdekaan,” ujar Hj Mad Nor Pazil, Ketua PAS Cawangan Taman Gadong Jaya.

Beliau yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Rasah berharap agar inisiatif kecil ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos 2021.

Hakikat kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan sama ada bangsa, fikiran atau kebudayaan seperti difahami kebanyakan orang. Sebaliknya yang lebih penting, adalah kebebasan manusia untuk menjalani kehidupan secara fitrah, menurut matlamat penciptaannya oleh Allah SWT. – HARAKAHDAILY 30/8/2021