Kabinet baru bebas Keluarga Malaysia daripada Covid

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Kombinasi barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Ismail Sabri Jumaat lepas dijangka mampu melaksanakan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata mereka akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien demi kesejahteraan rakyat.

- Advertisement -

“Anggota kabinet baru yang dilantik insya-Allah akan dapat membebaskan Keluarga Malaysia daripada pandemik Covid-19.

“Pelan itu adalah kesinambungan kepada asas yang dibina oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini,” katanya di sini.

Bagaimanapun jemaah menteri terbabit dianggap pembangkang sebagai kitar semula kerana menampil sebahagian besar menteri era Muhyiddin.

Mustapa yang juga ahli parlimen Jeli berkata, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri akan berganding bahu memastikan agenda budaya kerja prestasi tinggi yang dibawa perdana Menteri menjadi kenyataan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih pada perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya dilantik semula sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). – HARAKAHDAILY 29/8/2021

- Advertisement -