Eon Credit bantu penduduk terkesan pandemik Covid

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Eon Credit Service Bhd Cawangan Kelantan menyumbang 90 bakul makanan yang mengandungi keperluan asas bagi membantu golongan asnaf yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Ketua Unit agensi berkenaan Nurul Azwin Mohd Rajuli berkata, bantuan itu disampaikan menerusi badan bukan kerajaan (NGO) Tengku Harith Team Venture untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang layak dalam tempoh terdekat.

- Advertisement -

“Setiap bakul mengandungi pelbagai keperluan harian termasuk beras, gula dan sardin bernilai RM100 bagi meringankan beban mereka yang terbabit,” katanya kepada peberita ketika ditemui pada majlis penyerahan bekalan berkenaan di pejabat Tengku Harith Kampung Wakaf Raja di sini, hari ini.

Nurul Azwin berkata, sebelum ini pihaknya di bawah Yayasan Eon banyak melakukan kerja-kerja amal termasuk menderma darah dan gotong-royong membersih pantai selain meenghulur bantuan makanan.

Sementara itu pengasas NGO berkenaan Tengku Harith Tengku Aziz berkata, pihaknya sudah mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan terbabit di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan.

“Setiap DUN disenaraikan antara dua hingga tiga orang menerima bantuan dalam kalangan penduduk yang berpendapatan tidak lebih RM1,000 sebulan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2021

- Advertisement -