Ahli Parlimen Pendang syukur atas kepercayaan PM

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

PENDANG:
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah serta kepercayaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob melantiknya kembali sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Katanya, pelantikan di kementerian yang sama memberi peluang kepadanya untuk meneruskan agenda memperkasakan pengurusan sumber manusia terutama berkaitan isu kebajikan pekerja dan hak majikan.

- Advertisement -

“Insya-Allah kita akan meneruskan semua usaha yang sudah dilakukan untuk memastikan pentadbiran negara terus berjalan lancar.

“Saya juga berjanji akan sentiasa menyokong segala usaha kerajaan dalam memulihkan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta  akan memberikan sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yang amat besar ini,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga akan terus memberi komitmen sebaik-baiknya agar selari dengan hasrat Perdana Menteri menjadikan Kabinet ‘Keluarga Malaysia” sebagai pendekatan malar segar dalam pentadbiran kerajaan baharu selain maklumat dapat disampaikan dengan lebih efisien lagi.

“Semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita bersama-sama rakyat berjuang mengeluarkan negara dari kemelut pandemik Covid-19 sekali gus ekonomi negara dapat dipulihkan,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

- Advertisement -