Tahniah Dr Wan Martina, terima kasih Ustazah Asmak

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Wan Martina Wan Yusoff atas pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Kelantan semalam.

Pengamal perubatan yang berasal daripada Kelantan ini merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD), Naib Pengerusi Konfederasi NGO Negeri Kelantan dan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan Wanis.

Pencalonan beliau telah dikemukakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, selepas Speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Abdullah Ya’kub, mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara susulan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerusi pemakluman surat kepada beliau.

- Advertisement -

DMPM mendoakan agar Dr Wan Martina dapat menggalas amanah dengan baik dan penuh berhemah serta membawa suara cadangan yang mapan dalam Dewan Negara. Semoga Allah S.W.T menuntun langkah beliau. 

DMPM juga mahu menzahirkan setinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustazah Asmak Hussin yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya yang sangat cemerlang pada Jun lalu sebagai Ahli Dewan Negara.

DMPM mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asmak Hussin atas bakti dan khidmat cemerlang sebagai Senator bermula Julai 2018 sehingga Julai 2021.

Ustazah Asmak yang merupakan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN DMPM menjadi contoh teladan kepada wanita-wanita Malaysia dari segi kepimpinannya, kecekapannya dan keperibadiannya. Beliau juga seorang pemimpin muda yang mampu untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Didoakan agar Ustazah Asmak dipermudahkan segala urusannya dan terus berbakti kepada rakyat, negara dan agama.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Ogos 2021 bersamaan 16 Muharram 1443H – HARAKAHDAILY 25/8/2021

Sumber Asal: 

https://m.facebook.com/142558201240597/posts/198243352338748
https://m.facebook.com/142558201240597/posts/198246562338427

- Advertisement -