Foodpanda pupuk semangat patriotik, perpaduan

- Advertisement -

Oleh KAIROL ZULHAIDI

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64  pada 31 Ogos ini,  Foodpanda Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab sosial dengan beberapa vendor dan badan bukan kerajaan (NGO)  bagi  memupuk semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Foodpanda telah menyumbangkan makanan serta ‘care pack’ kepada golongan yang memerlukan serta turut memaparkan seleksi video berkaitan kemerdekaan negara hasil daripada perkongsian orang ramai yang kini disiarkan di saluran YouTube Foodpanda.

- Advertisement -

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata, perkara asas yang paling penting ialah kesatuan hati dan kerjasama dalam menghadapi kesusahan dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Foodpanda Malaysia berharap hasil kerjasama ini dapat membuka peluang untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak, seterusnya memainkan peranan utama dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menempuh masa yang sukar dan meniupkan semangat Kemerdekaan, perpaduan, keriangan dan harapan. 

“Kami ingin mewujudkan kemurahan hati dan merapatkan hubungan  antara pelbagai organisasi, jenama tempatan dan rakyat Malaysia untuk saling membantu pada saat genting sekali gus mengukuhkan lagi usaha rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai satu bangsa dan kami berbangga dapat melaksanakan tanggungjawab kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya lagi, bajet pemasaran untuk tujuan yang lebih besar diputuskan  kolaborasi bersama pelbagai NGO dan syarikat-syarikat berjenama dalam menyediakan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan,

“Antara vendor yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuklah McDonald’s yang menaja 2,000 biji burger dan kentang goreng kepada mereka yang kurang bernasib baik sementara Tealive menyediakan biskut. 

“Domino’s turut bergabung dengan menaja pizza bersaiz personal. Minuman pula disediakan oleh Gong Cha dan nasi ayam solo ditaja oleh Kenny Rogers Roasters. 

“Selain itu, jenama lain yang turut mengambil bahagian ialah Red Bull, Quaker Oats, Munchy’s, Horlicks, Babas, SKIPPY, Nutriplus, Yeo’s dan Maggi.

“Kesemua makanan akan diagihkan melalui pengendali foodpanda dengan kerjasama NGO seperti Food Aid Foundation, Lions Club, Kuching Food Aid, Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor, Persatuan Kebajikan Inspirasi Ceria Kulai, Bulan Sabit Merah Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu dan Persatuan TCM Harapan Baru Ipoh,” ujarnya.

Menurut Sayantan, pihaknya berharap dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan untuk tujuan perniagaan

“Foodpanda turut membenarkan syarikat-syarikat menyumbang makanan kepada NGO dan persatuan-persatuan terpilih,” ujarnya.

Katanya lagi, beberapa inisiatif yang sedang dijalankan termasuk 8VI Malaysia Sdn. Bhd. menyumbangkan 500 pek makanan dari Perfect Match Catering kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Kinetik Consulting Sdn. Bhd. menyumbangkan 36 kotak Prihatin dari Tesco Lotus kepada inisiatif bendera putih di Kelab Muhibbah Balakong. 

“Sementara itu, bagi mana-mana syarikat yang berminat untuk turut serta boleh hubungi [email protected].

“Kami bersyukur kerana sepanjang pandemik ini perniagaan kami dapat bertahan kerana pelanggan dan komuniti yang setia. Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi semula kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya. –HARAKAHDAILY-25/8/2021

- Advertisement -