FACEBOOK pada 19 Ogos yang lalu mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Horizon Work Room – iaitu satu platform maya cara baru bagi dunia pekerjaan untuk berhubung antara satu sama lain menggunakan ‘virtual reality’.
Berbeza dengan sekadar meeting di Zoom atau Google Meet. Horizon Work Room akan memberikan suasana seolah-olah anda berada di dalam tempat kerja dengan meletakkan avatar anda di pejabat alam maya. Anda bergerak ke sana ke mari dan bergaul dengan rakan-rakan sepejabat anda di alam maya.
Difahamkan sekiranya avatar anda tidak bergerak, ini menunjukkan petanda bahawa anda tidak berada di hadapan komputer anda. Bayangkan avatar anda berada dalam tidak bergerak atau popular dikenali sebagai AFK-ish untuk masa yang agak lama?
Sebagai yang meminati platform Metaverse bukan gaming dan juga virtual reality, saya sangat teruja. Saya sentiasa mencari dan mengharapkan satu Metaverse yang benar-benar berkesan dan berupaya menggantikan pejabat fizikal.
Antara platform Metaverse yang berbentuk interaksi sosial dan bukan gaming adalah berikut:
Secondlife, Fidelity, Sansar, Cloud
Malangnya Cloud hanya melepasi peringkat Beta dan tidak diteruskan oleh Facebook. Secondlife tetap utuh sehingga kini dan saya gembira mendapat tahu ada di kalangan warganegara Malaysia yang menjadi developer menghasilkan produk digital.
Sebagai peguam pula saya turut teruja untuk melihat apakah kesan Metaverse ini terhadap Data Perlindungan Peribadi dan juga Harta Intelek.
Adakah Metaverse Facebook membolehkan pengguna mencipta produk digital untuk avatar-avatar mereka? Sekiranya dibenarkan, maka akan berlaku transaksi digital produk dan terciptalah lagi digital market. Tunggu dan lihat. Facebook, hopefully you won`t let this project abandoned like your previous Cloud.
NURHIDAYATY MAIDIN
Peguambela & Peguamcara
Ahli Jawatankuasa Muslimat Legal Team (MUSLET)
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/8/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/564736986/posts/10157970620456987/
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!