25 pelajar terima tablet, pakej internet

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU: Sebanyak 25 pelajar telah menerima pakej bantuan tablet bersama data internet bagi membantu mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih berkesan.

- Advertisement -

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, dengan situasi sistem pendidikan negara yang terpaksa berubah secara mendadak akibat pandemik Covid-19, semua pihak disaran memainkan peranan masing-masing

Saranan itu termasuk dalam dalam mencari solusi kepada situasi sedia ada serta menyediakan keperluan asas alat pembelajaran.

“Sehubungan itu, dalam Belanjawan 2021, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memasukkan pakej tablet ini, selain daripada bantuan tunai kepada ketua keluarga yang layak.

“Kita akan ada lagi fasa bantuan seterusnya yang kini dalam proses mengenalpasti mereka yang layak dan benar-benar memerlukan agar setiap mereka daripada keluarga yang berpendapatan rendah ini memiliki sekurang-kurangnya satu peranti,” ujarnya.

Ustazah Nuridah turut berharap inisiatif ‘1 Tablet 1 Keluarga’ di bawah Yayasan Kebajikan Negara itu ia dapat diperluas dari semasa ke semasa.

Selain itu, beliau mewakili PAS Wangsa Maju turut menlahirkan penghargaan kepada Kerajaan PN dan Yayasan Kebajikan Negara atas inisiatif itu.

Ustazah Nuridah berkata demikian selepas selesai menyempurnakan majlis edaran pakej tablet bersama data internet di Pejabat PAS Wangsa Maju di sini, semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Setiausaha kawasan, Hairul Anuar dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhd Nur Azmi Yusuf. – HARAKAHDAILY 25/8/2021

- Advertisement -