Darah bekam selepas vaksin

- Advertisement -

WARNA darah yang keluar selepas vaksin tidak dipengaruhi oleh jenis vaksin. Akan tetapi ia bergantung kepada individu berkenaan itu sendiri, sama ada vaksin atau tidak vaksin.

Darah yang keluar dari kulit kita akan membeku mengikut masa yang tertentu. Sama ada warna cerah atau pekat kehitaman, berbeza-beza. Namun kebanyakan manusia adalah sama.

Contohnya orang yang mengalami Anemia (Hemoglobin sel darah merah rendah); darah mereka akan nampak lebih cerah, cair dan berplasma. Sekali imbas nampak bernanah. Bagi yang berpenyakit Polycytemia pula, darah mereka kelihatan pekat dan kurangnya serum yang nampak macam nanah itu.

- Advertisement -

Jangan mudah terkeliru dengan pihak tertentu yang membuat testimoni keadaan darah bekam selepas vaksin. Untuk pengetahuan ilmiah anda juga, vaksin dicucuk ke dalam otot bahu, bukannya bawah kulit. Sedangkan darah yang keluar dari bekam adalah darah bawah kulit sahaja (Dermis dan Epidermis). 

Kami nasihatkan jangan berbekam di tempat suntikan vaksin. Kemungkinan akan menyebabkan kesan sampingan makin teruk seperti bengkak, radang, ruam kemerahan, kesakitan tempat cucuk dan jangkitan kuman lain jika tidak dijaga kebersihan bekas luka bekam. Kalau nak bekam juga, boleh di tempat lain.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 24/8/2021

Rujukan: https://curaco.com.au/blogs/news/can-hijama-wet-cupping-remove-the-covid-vaccine

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044617980972/posts/392673855563211/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -