56.9 peratus populasi dewasa sudah lengkap vaksin

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56.9 peratus atau 13,315,774 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

- Advertisement -

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, 18,476,589 individu telah menerima dos pertama.

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 396,578 dos diberikan semalam dengan 246,109 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 24/8/2021

- Advertisement -