Romelu Lukaku pamer aksi mantap hari pertama

- Advertisement -

LONDON: Romelu Lukaku mempamerkan aksi cemerlang ketika perlawanan pertamanya mewakili Chelsea mengalahkan Arsenal 2-0, awal pagi tadi.

Pemain termahal Chelsea melalui perpindahan bernilai £97.5 juta (RM562.9 juta) dari Inter Milan itu membuka akaun jaringan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Stadium Emirates, selepas kali terakhir mencetak gol buat The Blues pada sembilan tahun dan 360 hari lalu.

- Advertisement -

Lukaku memberitahu, dia hanya ingin berusaha membantu pasukannya menang dan memastikan rakan-rakan dalam keadaan yang terbaik.

“Saya sangat berbangga dengan kemenangan ini. Kami beraksi sehabis baik dan menguasai perlawanan. Sememangnya datang ke sini dengan persembahan seperti ini adalah baik. Kami perlu teruskan usaha ini.

“Saya tidak perlu membuktikan apa-apa pun kepada sesiapa. Satu-satunya perkara yang memberi motivasi tinggi kepada saya ialah diri saya sendiri,” ujar Lukaku.

Penyerang Belgium itu berkata: “Dua tahun di Itali telah membantu saya menguasai semua aspek permainan bagi seorang penyerang bola sepak dan kini saya telah bersiap sedia.”

“EPL merupakan liga yang sangat berdaya saing tetapi kami bersedia menghadapi cabaran. Semoga kami dapat memperbaiki mutu persembahan,” katanya. – SKYSPORTS

- Advertisement -