Ambil tahu jiran tetangga, peka keadaan sekeliling

- Advertisement -

Oleh NURSAM MOHAMMAD

PUTATAN: Penyelaras UDM Pulau Gaya, Mohd Rizal Nasri, menasihati penduduk setempat dan warga komuniti supaya sentiasa saling memerhati jiran tetangga dan peka akan keadaan sekeliling.

Mohd Rizal turut mengajak semua pihak bersama-sama berjuang menjayakan Pelan Pemulihan Negera (PPN) bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

- Advertisement -

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai program agihan bakul makanan di di Kampung Lok Urai, Kampung Lok Baru, Kampung Pondo di sini, semalam.

Menurut Mohd Rizal, PAS Putatan telah mendapati ramai penduduk setempat yang terjejas hasil kewangan dan sumber pendapatan mereka untuk terus menyara keluarga masing-masing.

Justeru itu, PAS Putatan mengusahakan program sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, telur, gula, garam, tepung, kopi, teh, dan bihun untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas pendapatan kesan pandemik Covid-19, terdiri dalam kalangan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Sebanyak 100 bakul makanan telah diagihkan dalam program tersebut.

“Kami bersama skuad prihatin PAS Putatan mengusahkan pek bungkusan bentuk sumbangan asas bagi membantu keluarga saudara kita bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk setempat yang turut sama membantu kami mengagihkan pek sumbangan ini,” ujarnya.

Di samping itu, Mohd Rizal turut mengajak semua pihak bersama menyalurkan sumbangan sebagai satu bentuk amal jariah.- HARAKAHDAILY 23/8/2021

- Advertisement -