Nadir Al-Nuri bertemu Timbalan Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin

Foto daripada Facebook Nadir Al-Nuri.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berpeluang bertemu dengan Timbalan Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin di Gaza, semalam.

Menurutnya, boleh tahan perancangan mereka hendak membuka pusat kajian hal-hal berkaitan wanita dan projek pembangunan ekonomi wanita.

Katanya, mereka sebut, ia menepati hala tuju Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang menggalakkan setiap aktiviti dilaksanakan dengan kajian terlebih dahulu dan keperluan projek kemanusiaan pula dibuat secara lestari dan jangka masa panjang serta menyelesaikan solution-based, bukan projek one-off sahaja.

- Advertisement -

“Nampaknya kementerian-kementerian ni dah pandai membaca CGM, kalau nak dapat dana, mesti sebut dua kata kunci ‘kajian dan sustainability‘.

“Alhamdulillah, kerana kalian percaya dengan kaedah kami, kita berjaya mendidik penduduk sedikit demi sedikit tentang keperluan membangunkan negara yang boleh berdiri di atas kaki sendiri,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau malam ini.

Beliau berkata, zaman ini bukan lagi zaman menyumbang hari ini, esok terus meminta gambar dan video bukti projek sudah dilaksanakan.

“Kalau bisnes pun ada tahap-tahapnya seperti enterprise, sendirian berhad dan berhad, NGO pun kena upgrade dan tak boleh berterusan berada di takuk lama!” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 22/8/2021