Isteri saya sentiasa ada di sisi – Ismail Sabri

Foto daripada Facebook Ismail Sabri Yaakob.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia dari saya berumur 19 tahun,” kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu itu mereka baharu sahaja mendirikan rumah tangga.

“Nani (Muhaini) adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab tu jarang sangat nampak dia.

- Advertisement -

Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang Bersama,” kata Naib Presiden Umno itu dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pagi ini.

Semalam, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Dalam satu hantaran semalam, beliau turut memuatkan foto bersama cucunya.

“Ini satu-satunya cucu saya. Dia memang manja dengan saya, kalau boleh dia memang nak ikut kemana saja saya pergi.

“Hari ini dia merajuk kerana tak dapat pergi bersama, tapi dapat pakaikan songkok pun jadilah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/8/2021

- Advertisement -